BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SALAM PERKENALAN...


Ahad, 8 November 2009

BRAVO TEAM JANG....



Negeri Sembilan julang Piala Malaysia musim ini

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Hasrat Kelantan untuk mendakap Piala Malaysia musim ini musnah apabila Shahurain Abu Samah meletakkan Negeri Sembilan di hadapan pada separuh masa pertama.

Negeri Sembilan meneruskan rentak cemerlang pasukan itu apabila mendapatkan gol kedua hasil jaringan Hairuddin Omar selepas beberapa minit permainan separuh masa kedua mula.

Asakan demi asakan barisan serangan pasukan Hoben Jang Hoben itu terus membuahkan hasil apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan pemain kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.

1 Ulasan Mu...:

MOHAMED ISMAIL berkata...

Tahniah...
Kekalkan prestasi anda!!!