BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SALAM PERKENALAN...


Isnin, 6 Disember 2010

DOA AKHIR TAHUN ISLAM....

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun





Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

DOA AWAL TAHUN - 1 MUHARRAM.......

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun






Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Rabu, 3 November 2010

NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA FA & NAIB JUARA PIALA MALAYSIA 2010..






Khamis, 30 September 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT BANG UDIN N CG ZAINAB






Kenduri kawin di N9....

Kenduri Kawin Abang Udin Di Negeri Sembilan






Selamat Pengantin Baru...

Selasa, 21 September 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT BANG UDIN N CG ZAINAB




Jumaat, 30 Julai 2010

Ceramah Israk wal Mi'raj....

10 golongan yang menjdai sahabat "iblis"....
1. Pemimpin yang zalim
2. Orang kaya yang sombong
3. Peniaga yang penipu
4. Peminum arak
5. Penghibur yang tidak ikut panduan Islam. (dedah sana sini, lirik lagu yang terpesong dll)
6. Penzina. Jangan hampiri zina.. Duduk berdua-duaan di tempat yang sunyi.
7. Makan harta anak yatim
8. Buat mudah/tak kisah dengan solat
9. Manusia yang tidak membayar zakat
10. Terlalu panjang angan-angan

Ceramah Israk mi'raj

Digariskan 15 golongan yang menjadi musuh iblis..
1. Pemimpin yang adil
2. Orang kaya yang sentiasa merendah diri
3. Para Nabi
4. Peniaga yang sentiasa benar. Tidak menipu
5. Orang alim yang sentiasa khuysuk beribadah
6. Mukmin yang suka memberi nasihat
7. Mukmin yang mempunyai hati/perasaan penuh kasih sayang
8. Manusia yang sentiasa bertaubat. Menyesal dengan sepenuh hati
9. Manusia yang menjauhi/tidak membuat benda yang haram
10. Mukmin yang sentiasa berwuduk
11. Mukmin yang banyak bersedekah
12. Mukmin yang elok akhlaknya
13. Mukmin yang memberi faedah/manfaat kepada orang lain
14. Orang yang hafal, baca, berdamping dengan Al-Quran
15. Manusia yang selalu bangun malam untuk bertahajjud, solat sunat, membaca Al-Quran dan seumpama

Jumaat, 4 Jun 2010

Bagi semua umat Islam, lakukanlah solat fardhu berjemaah membaca Qunut Nazilah di rakaat akhir selepas ruku', sama seperti Qunut subuh tetapi mendoakan keselamatan dan keamanan di perairan Gaza dan buminya...

-ini adalah apa yang diamalkan olehRasulullah dan para sahabat ....INSYAALLAH.... AMIN

-

Selasa, 18 Mei 2010

Guru Pembina Negara Bangsa








Guru Pembina Negara Bangsa








Gotong-royong Perdana 15.5.2010








Khamis, 29 April 2010

JAMUAN PERPISAHAN CG. YUSRI DI RESTORAN MIOR TOM YAM









Rabu, 28 April 2010

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN MSSPk KE 54 DI STADIUM PROTON, TG MALIM